Monday, January 28, 2013

Nikmat

In the name of Allah .

Tajuk diberi atas situasi yang dialami sekarang ni . Hari ni kita sebagai Hamba Allah patut bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi di atas muka bumi ni . Tak susah mana pun. Just saying ALHAMDULILLAH. Enough people. But then , masih ada lagi manusia yang mengeluh . Sifat manusia , tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada . Dah diberi seguni emas , still nak lagi dua atau tiga guni . Why people ?

Yang tak bersyukur nya satu hal , yang riak bongkak malah sombong dengan kekayaan dan kemewahan kat dunia tu dah kenapa ? Pernah terfikir ? Allah yang ciptakan kita ? Allah yang bagi kita makan , minum , pertolongan , kesenangan etc .? Do wake up guys. Tu semua hanya pinjaman . Sementara tahu ? Jangan hanya kerana nikmat yang Allah bagi tu , kau dengan sesuka hatinya menggunakan dengan tanpa batas, sampai merendah kan martabat malah maruah orang lain. Awak , sila sedar diri. Awak tu kecil je di mata Allah .

Bersyukurlah . Sekali Allah dah tarik nikmat tu , masa tu lah kita mula nak menangis , mengadu dengan kesilapan dan kesalahan kita. Masa tu dah terlambat nak menyesal bagai. Tapi bagus juga, itu tanda Allah tak nak awak tu terus leka dengan nikmat yang diberi. Sedar lah manusia, nikmat harta tu kadang kadang Allah bagi sebab nak uji tahap keteguhan iman kita je . Sama ada kita ni bersyukur atau tak. Simple as that :)

Yang mana pernah dicaci atau dihina , bersabarlah dengan dugaan hidup. Hidup di dunia ni semuanya ujian . Susah senang , suka duka , sakit dan macam macam. Bersabarlah kalau doa belum dikabulkan. Allah tu Maha Adil lagi Maha Mengetahui . Bersyukurlah walau sehebat mana ujian yang mendatang . Allah masih pelihara iman dan islam dalam diri kita :)

Here some info, Read through an article . Jutawan fakir dari aspek islam.
Seorang yang kaya tetapi merasakan rezeki dan harta kekayaan yang tidak pernah cukup dan tidak cukup-cukup.

Boleh membeli jam yang mahal tetapi tidak boleh membeli masa yang diluangkan kepada keluarga. Kumpul harta yang banyak, tetapi tidak boleh digunakan atau tidak sempat dimanafaatkan oleh keluarga sendiri.

Boleh membeli makanan yang lazat, tetapi tidak semestinya yang berzat dan berkat.

Kadang-kadang bila Allah tarik nikmat ‘selera’, makanan yang sedap dan lazat pun tidak dapat dinikmati kelazatannya.

Tidur atas katil yang empuk, tetapi tidak dapat tidur yang lena.

Rezeki yang Allah berikan pada kita tidak semestinya semuanya hak kita. Kadang kala, kita adalah sebagai perantara untuk menyalurkan rezeki tersebut kepada orang lain.

Sibuk mencari harta dunia, tetapi lupa untuk cari bekalan menuju akhirat. Cuba kita faham Tafsir Surah Ar Rahman. Pasti kita menangis . :') Waallahualam . 

#Belum tentu selamanya kita di atas. Allah Maha Adil :')



No comments: