Monday, January 9, 2012

Haram


Assalamualaikum
Here we go again.
Sharing :)

Orang selalu cakap couple tu haram kann kann. Naa, sampai kadang kadang kita sendiri balik confius dengan statement orang tu orang ni. Naa, baca ni jom :)

Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama. Di samping ia berlaku di luar kawalan manusia, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Tidak sonsang . Melafazkan rasa cinta seperti Mughith kepada Barirah tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta juga tidak dilarang. Jadi apa yang dilarang ?

Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina -perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk kepada jiwa manusia. Inilah yang mendorong seks sejenis kerana fitrah asal telah disekat.

Islam tidak sempit.
Ia tidak menghalang fitrah.
Cinta yang membawa kepada perkhawinan adalah satu kebaikan.

Jadi,
Jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta lelaki dan perempuan.
Tapi,
Katakan Islam MENGHARAMKAN zina dan mendekati zina :)
-Ustaz Dr Mohd Asri-

# Tapi jgn sebab article ni, jadi tiket untuk kita buat maksiat. Amek yang baik je, yang tidak jadikan sempadan. 



No comments: