Tuesday, June 7, 2011

Aku orang Islam ,faham ?

Photo Courtesy: -krischen


aku tak berubah pun . aku still aku laa. Nurul Najwa Azmi .  

Ceit,bace Quran bhai.Sejak bila ?
Ehh,mangkuk nie,*dalam hati*Tanak join?
Haha, Tape lah, aku tak dapat hidayah lagi macam kau :p

Naa, memang bangang orang yang cakap macam tuh , Haktuihh laa .kalau semua nak ikut macam kat atas ni memang tak la kan ? Okay , apa aku nak cakap hari ni memang korang akan cakap 

Eleyh minah nie, bajet alim je laa.Blah laa. Kau pun sama !!

Hoi hoi , memang ! Aku tak alim mana weyh, aku budak biasa je .Budak kelas agama yang zaman batu tertinggal zaman , Yang korang panggil kelas paling alim , ramai badar . Tapi aku pun remaja macam korang korang ,aku layan je lagu lagu lagha nie semua . Omputeh jangan cakap la tapi sorry aku tak layan korea laa. Nak ikutkan dalam fone aku memang banyak la lagu head bangging ni semua .Lagu blog aku je pun da cukup la korang tahu. Aku memang sama je macam korang . Nama je perempuan , bola aku layan jugak . Kadang kadang layan futsal dengan kazen kazen aku sampai 2 3 pagi . Facebook pun aku ngadap sampai Kung Fu Panda mata aku :P

Pergi tengok muviee , layan karok semua aku pernah . Tipu la kalau aku tak pernah hang dengan member kan ? Memang penipu besar la aku kalau aku cakap tak pernah . Aku pun pakai jeans bagai , tade pun pakai tudung labuh kat sekolah tu , Pendek je. Tanya la kawan kawan aku . See, aku tak baik mana pun. Tapi kalau korang cakap belum dapat hidayah nak dekat kan diri dengan Allah , better kau lempang muka kau sampai lebam . Haila . Weyh, kita Islam laa, Islam faham ? Jangan atas nama je . Tapi biar semua nya kita Islam. Luar dalam . Baru betul .

Masuklah Islam secara menyeluruh
Al Baqarah :208

 Aku pun tak de la menyeluruh lagi tapi in progress.Nabi ada pesan kan sebelum Baginda wafat 

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
*dipetik dari khutbah terakhir nabi*



Hidup berlandaskan Al Quran dan Sunnah . Insyaallah selamat hidup korang . Jangan senang senang nak cakap korang confirmmm masuk syurga .Bolehh blahh orang yang cakap macam nie. Nabi yang da sure sure masuk syurga tu pun still buat amal ibdah . Haish. Aku cakap nie sebab korang pun Islam macam aku . Peringatan . Dunia nak kiamat . Tak lama da weyh. Renung renung kan. Apa yang salah kita tegur okayy ? 

p/s : emy , pale otak kau sama macam aku -.-''


2 comments:

EmyAmalina said...

LOL. We're in the same boat haha.

wawa said...

naa , tahu tak pe :P